Search
Close this search box.
Datu Len Talif Salleh (tengah) ketika sidang media pada Majlis Perasmian Kursus Tanaman Cendawan Tiram-Kulat pada Khamis. Foto: TVS
Datu Len Talif Salleh (tengah) ketika sidang media pada Majlis Perasmian Kursus Tanaman Cendawan Tiram-Kulat pada Khamis. Foto: TVS

Cendawan berpotensi jadi tanaman ikonik Sarikei

SARIKEI, 7 Okt : Industri penanaman cendawan menggunakan teknologi terkini dikenal pasti sebagai sektor boleh berkembang kerana mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh menegaskan tidak mustahil jika tanaman itu menjadi ikonik seperti buah nanas yang cukup sinonim dengan Sarikei sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, ia perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguh melalui kaedah dan bimbingan yang betul.

“Sarikei atau Tanjung manis menjadi sebuah kawasan pengeluaran cendawan yang besar terutama sekali jika kita sudah mempunyai taman agro yang akan beroperasi tidak lama lagi.

“Di satu sudut nanti, taman agro ini nanti akan kita khaskan untuk cendawan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Tanaman Cendawan Tiram-Kulat di Pusat Inovasi Sarikei (SIC) pada Khamis.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang turut mendedahkan, kewujudan industri cendawan bakal mempelbagaikan pengeluaran hasil pertanian Sarikei yang tidak hanya tertumpu pada pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan semata-mata.

Tambahan, perniagaan cendawan bukan sahaja menguntungkan sebaliknya, mudah diusahakan dan tidak memerlukan ruang yang besar.

“Dulu kita sudah terkenal dengan nanas Sarikei, tetapi pada masa ini Sarikei sudah diambil alih oleh tempat-tempat yang lain.

“kita akan membangunkan dan kalau kita lihat dari segi bahagian Sarikei ini, ia memang terkenal dari segi pengeluaran buah-buahan dan sebagainya.

“Jadi tidak mustahil jika cendawan sebagai satu daripada produk yang akan menjadi satu daripada ikonik produk bagi kawasan Sarikei ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan