Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang - Undang), Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto TVS

Beri kuasa Sarawak bina rumah mesra dalam Bajet 2023 – Wan Junaidi

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 7 Okt : Pemimpin Sarawak menyambut baik inisiatif kerajaan untuk melaksanakan projek perumahan mesra rakyat dalam Bajet 2023 di negeri berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang – Undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau berharap projek yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan dipercepatkan selaras dengan semangat yang dibawa dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Malah kata Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong, beliau berharap Kerajaan Persekutuan ‘memberi kuasa’ kepada Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan inisiatif berkenaan.

“Harapan saya supaya rumah mesra rakyat diagihkan di Sarawak lebih awal dan Kerajaan Sarawak yang uruskan, jangan kementerian di sini (Putrajaya),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menghadiri pembentangan Bajet 2023 di sini Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tengku Zafrul ketika membentangkan anggaran perbelanjaan Kerajaan Persekutuan tahun depan memaklumkan, peruntukan bagi bina baharu dan baik pulih rumah di luar bandar akan ditingkatkan daripada RM361 juta kepada RM460 juta.

Di samping itu katanya, kadar siling bantuan bina baharu rumah turut dinaikkan daripada RM68, 000 kepada RM79,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, 3,000 rumah baharu akan dibina dengan lebih separuh daripadanya di Sabah dan Sarawak.

Asas kepada tuntutan Sarawak melaksanakan sendiri projek perumahan berkenaan, Wan Junaidi berkata, ini kerana berdasarkan ‘pengalaman lepas’, projek pembinaan rumah berkenaan di negeri itu sering mengalami kelewatan.

“Dahulu hendak tunggu pelantikan syarikat perunding juga makan masa sehingga bertahun,” katannya.

Sementara itu, Wan Junaidi turut menyambut baik perancangan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan kawasan di Sarawak iaitu Tebedu dan Bakelalan yang berhampiran dengan Kalimantan, Indonesia selain memulakan kerja menaik taraf Jalan Serian – Tebedu ke sempadan Indonesia.

“Saya gembira kerana bulan lepas sebut mengenai jalan ke perbatasan di Tebedu dan hari ini diumumkan secara rasmi,” katanya. -TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan