Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Bajet 2023 : MOTAC sambut baik pemberian diskaun dan rebat, kata Nancy

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 7 Okt : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyambut baik beberapa inisiatif diumumkan kerajaan menerusi pembentangan Bajet 2023 hari ini.

Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, antara yang baharu diperkenalkan ialah potongan cukai khas kepada pengusaha hotel yang membeli produk pelancongan tempatan sehingga RM500 000.

Kata Nancy, ianya secara tidak langsung akan menyokong industri kraf tempatan.

“MOTAC mengharapkan ada lonjakan perniagaan untuk pemain industri berkenaan kerana hotel akan membeli produk dihasilkan mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan akan melaksanakan inisiatif Pembiayaan Pelancongan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan dana RM500 juta bagi membantu pengusaha industri pelancongan.

Inisiatif itu adalah dengan meningkatkan had pembiayaan maksimum daripada RM300,000 kepada RM500,000 kepada penggiat sektor berkenaan.

Selain itu, kerajaan turut memberikan pengecualian cukai 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi pengendali pelancongan, bergantung pada jumlah pelancong dikendalikan mereka.

Sementara itu, Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, beliau berterima kasih di atas keputusan kerajaan mengekalkan insentif sebanyak RM25 juta dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat sehingga RM100 bagi penginapan pakej pelancongan, kraftangan serta karya seni.

“Ini sudah dinikmati pada 2022 dan dilanjutkan tahun depan bagi mengalakkan sektor pelancongan,” katanya.

Sementara itu, Nancy berkata, MOTAC memerlukan peruntukan yang lebih besar pada tahun depan bagi memacu pemulihan sektor di bawahnya.

“Jumlah itu tidak cukup kerana kita perlu melakukan banyak promosi untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke Malaysia,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan