Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto fail TVS.

Bajet 2023: Abdul Karim sambut baik usaha pulih pelancongan

ByNurul Amarlina

KUCHING, 7 Okt : Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyambut baik sasaran ketibaan lebih 15 juta pelancong asing oleh Kerajaan Persekutuan yang berpotensi menyumbang RM47.6 bilion kepada negara.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata, selain itu jumlah RM200 juta yang disediakan bagi memperkukuh pemulihan sektor pelancongan adalah berpatutan untuk galakan, promosi dan pemasaran.

“Tumpuan kerajaan kepada pelancong bernilai tinggi daripada segmen pasaran khusus adalah baik bagi pertumbuhan pesat sektor ekopelancongan, sukan golf, skuba serta konvensyen antarabangsa,”katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi pembentangan Bajet 2023 di Parlimen petang tadi melibatkan usaha memulihkan industri pelancongan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan butiran perbelanjaan berkenaan berkata, sebanyak RM90 juta juga disediakan dalam bentuk geran sepadan untuk program seperti Geran Padanan Galakan Melancong (GAMELAN) yang melibatkan kempen promosi dan pemasaran bersama industri.

Sementara itu, Abdul Karim berkata GAMELAN yang melibatkan kempen promosi dan pemasaran bersama industri merupakan langkah tepat dan yakin akan diterima baik oleh pemain industri. 

“Geran ini boleh menjadi pemangkin dan insentif penganjuran program pelancongan berskala besar termasuk acara sukan antarabangsa. 

“Inisiatif Sia Sitok Sarawak yang telah dirancang dan dilaksana oleh pihak Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) selama ini akan mengalami anjakan dengan adanya program yang menggalakkan Keluarga Malaysia melancong di destinasi pilihan dalam negara,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Abdul Karim berkata, Sarawak akan turut menikmati manfaat hasil usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan kesihatan berikutan galakan cukai sedia ada untuk eksport perkhidmatan jagaan kesihatan swasta akan dilanjutkan sehingga 2025. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan