Search
Close this search box.
Pekerja penyelamat membawa keranda yang mengandungi mayat mangsa di hospital Udon Thani di wilayah Udon Thani, susulan kejadian tembakan beramai-ramai di bandar Uthai Sawan, sekitar 500 km timur laut Bangkok di wilayah Nong Bua Lam Phu, Thailand 7 Oktober 2022. Foto: Reuters.

37 termasuk kanak-kanak terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat jagaan kanak-kanak di Thailand

ByBernama

BANGKOK, 7 Okt : Seorang anggota polis yang dipecat membunuh 37 orang termasuk 24 kanak-kanak dalam kejadian tembakan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di wilayah Nong Bua Lamphu, Thailand.

Lelaki berusia 34 tahun itu melarikan diri dari pusat jagaan kanak-kanak di Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu, kira-kira 500 kilometer (km) timur laut Bangkok dengan menaiki kenderaan dan kemudian membunuh isteri dan anak lelakinya sebelum maut dengan menembak dirinya.

Dalam perjalanan pulang, lelaki itu memandu keretanya ke arah orang ramai dan melepaskan tembakan ke arah mereka.

Sehingga 8 malam (waktu tempatan), polis Thailand memaklumkan 37 terbunuh termasuk 24 kanak-kanak berusia antara dua dan empat tahun dan 13 dewasa termasuk lelaki bersenjata itu sendiri. Sehingga kini 10 lagi cedera termasuk enam dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Negara Jeneral Damrongsak Kittiprapat berkata lelaki bersenjata itu ditahan atas kesalahan berkaitan dadah dan dipecat pada Jun lepas.

Sementara itu, jurucakap polis Mej Jeneral Paisal Lauesomboon berkata lelaki bersenjata itu berada di mahkamah atas tuduhan dadah sebelum insiden tembakan berkenaan.

Beliau berkata lelaki itu yang dipercayai kecewa dan tertekan tiba di pusat jagaan kanak-kanak itu untuk mencari anaknya, namun anaknya tidak berada di situ.

“Lelaki itu mula menembak dan menikam guru dan kanak-kanak di pusat berkenaan sebelum melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya.

Media tempatan melaporkan bahawa ketika kejadian guru sedang makan tengah hari manakala kanak-kanak itu tidur di beberapa bilik.

Terdapat 24 kanak-kanak di pusat itu semasa tragedi. Bilangan kanak-kanak agak sedikit sewaktu hari kejadian kerana ramai tidak hadir kerana hujan lebat.

Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengarahkan agensi berkaitan memberi bantuan yang diperlukan dan membantu keluarga mangsa serta mereka yang cedera dalam kejadian itu.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Tembakan rambang Thailand: 24 kanak kanak terbunuh

Tragedi itu berlaku kurang sebulan selepas dua anggota tentera terbunuh dan seorang cedera dalam kejadian tembakan di Kolej Tentera Diraja Thailand di daerah Dusit di Bangkok pada 14 Sept.

Seorang sarjan mejar berusia 59 tahun menembak mati dua rakannya di kolej berkenaan.

Pada Februari 2020, seorang anggota tentera menembak mati 29 orang dan mencederakan 57 yang lain dalam kejadian amuk di empat lokasi di wilayah Nakhon Ratchasima. Tentera berusia 32 tahun itu ditembak mati oleh polis 17 jam kemudian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan