Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut hadir pada Majlis Majlis Kesyukuran di Masjid At-Taqwa, Miri sempena sambutan Hari Lahir ke-86, Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Foto: Awang Azmil (TVS)

1,500 hadiri majlis kesyukuran sempena hari ulang tahun Tun Taib

BySalasiah Safian

MIRI, 7 Okt : Lebih 1,500 orang menghadiri Majlis Kesyukuran di Masjid At-Taqwa bersempena sambutan Hari Lahir ke-86 Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Majlis disertai oleh Tun Abdul Taib serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Johari Abang Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Ali Hasan Awang Tengah dan beberapa menteri.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi dan seterusnya majlis bacaan Yasin.

Majlis juga diserikan dengan alunan zikir marhaban yang dipimpin oleh Dato Ismawi Duet bersama Gabungan Kumpulan Zikir Bahagian Miri.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat Isyak berjemaah.

Sementara itu, menteri dan jemputan kenamaan yang bukan beragama Islam tiba pada pukul 7.30 malam untuk majlis jamuan makan malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan