Search
Close this search box.
Polis berjaya menyelesaikan sekurang-kuranya 16 kes pecah rumah membabitkan kerugian RM250,000 di sekitar daerah Seberang Perai Utara selepas menahan empat ahli Geng Mawar termasuk seorang pelajar tingkatan empat minggu lalu. Foto TVS.

Penyamun berusia 16 tahun ahli Geng Mawar dicekup polis

KEPALA BATAS, 5 Okt : Polis berjaya menyelesaikan sekurang-kuranya 16 kes pecah rumah membabitkan kerugian RM250,000 di sekitar daerah Seberang Perai Utara selepas menahan empat ahli Geng Mawar termasuk seorang pelajar tingkatan empat minggu lalu.

Tiga suspek lelaki dan seorang perempuan berusia 16 hingga 37 tahun itu ditahan dalam serbuan di sini kira-kira pukul 3.40 pagi pada Rabu dan pukul 3.30 petang Khamis di Sungai Petani, Kedah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Radzi Ahmad berkata, penahanan suspek melalui Op Pintu dibuat selepas pihaknya menarima laporan kejadian pecah rumah yang berleluasa di daerah ini.

Katanya, suspek menyasarkan kediaman di taman perumahan yang ditinggalkan penghuni beberapa hari dan melarikan barangan kelengkapan rumah.

“Modus operandi suspek akan pergi membuat tinjauan sehari atau dua hari serta melihat rumah yang gelap dan sunyi pada waktu malam.

“Selepas pasti rumah tiada penghuni, malam kedua atau ketiga suspek akan pecah masuk melalui pintu belakang atau tepi,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek lelaki melakukan pecah rumah, manakala wanita yang merupakan kekasih salah seorang mereka dipercayai individu yang bertanggungjawab melupuskan hasil rompakan.

“Kita berjaya mendapat semula pelbagai barangan seperti televisyen, telefon bimbit, komputer riba, kasut dan beg berjenama serta lain-lain membabitkan lapan kes yang dilaporkan.

“Sebuah kereta jenis Proton Wira dipercayai digunakan bagi melakukan kegiatan tersebut turut dirampas,” katanya lagi.

Kesemua suspek yang memiliki rekod lampau berkaitan kes pecah rumah dan dadah itu direman selama seminggu sehingga hari ini bagi siasatan lanjut mengikit Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan