Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pengajian Tinggi dan Inovasi) negeri, Dr. Annuar Rapaee. Foto TVS.

Hab Digital Sibu beri peluang kepada anak muda asaskan syarikat pemula – Dr Annuar

ByYusuf Shukri

SIBU, 5 Okt : Inisiatif Kerajaan Sarawak melancarkan Hab Digital Sibu diyakini akan menarik lebih ramai anak muda di sini untuk mengasaskan syarikat pemula.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pengajian Tinggi dan Inovasi) negeri, Dr. Annuar Rapaee berkata, hab berkenaan merupakan antara yang paling aktif di Sarawak.

“Saya percaya lebih ramai anak muda akan turut serta dalam membangunkan dan memacu kemajuan Sarawak dalam semua sektor melalui kemudahan disediakan oleh hab ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas Majlis Pelancaran Hab Inovasi Digital Sibu oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Abang Johari ketika pelancaran berkata, hab berkenaan menyasarkan penubuhan tiga syarikat pemula di Sibu pada tahun ini.

Sementara itu, Dr. Annuar berkata, sektor pendidikan di Sarawak juga memerlukan lebih banyak inovasi supaya dapat memberi impak kepada pelajar di luar bandar.

Beliau pada masa sama mahu pendidikan menjadi fokus utama kepada para usahawan yang ingin menubuhkan syarikat pemula.

“Saya ingin melihat inovasi dalam sektor pendidikan ditawarkan oleh syarikat pemula supaya dapat memberi impak yang besar kepada pelajar di luar bandar,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan