Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group (SMG), Rizal Zulkapli bergambar bersama juri dan pengacara program Getaran Jiwa terbitan TVS di sini hari ini. Foto Firdaus Ismail (TVS)

TVS lancarkan Getaran Jiwa, tawar hadiah RM60 ribu

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 4 Okt : Stesen televisyen pertama Sarawak, TVS di bawah Sarawak Media Group (SMG) hari ini melancarkan program realiti hiburan, Getaran Jiwa.

Ketua Pegawai Eksekutif SMG, Rizal Zulkapli berkata, program selama lapan episod itu yang mendapat sokongan Kerajaan Sarawak bertujuan untuk menyediakan platform kepada bakat – bakat di Sarawak dan seterusnya mengembangkan industri kreatif tempatan.

Katanya, lebih istimewa, program yang diinspirasikan daripada karya Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma itu turut membuka peluang kepada peserta di seluruh negara menunjukkan bakat nyanyian masing – masing.

“Proses untuk membawa Getaran Jiwa ke kaca televisyen TVS yang mempunyai lebih sembilan juta penonton bukanlah mudah namun dengan sokongan Kerajaan Sarawak, kegigihan tenaga kerja TVS dan pasukan kreatif Morningstar membolehkan kami menyiarkan program ini secara langsung dari Sarawak kepada penonton di seluruh negara tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pelancaran program itu di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir, Pengurus Saluran TVS, Aizal Ibrahim, Penasihat Kandungan Kreatif Morningstar Entertaiment, Adlan Shaharir dan penerbit rancangan TVS, Yume Suryani.

Program berkenaan memilih penyanyi terkenal tanah air, Dato Nash sebagai ketua juri bersama penyanyi terkenal Sarawak, Norafizah Busman.

Mereka akan dibantu nama – nama besar seperti Fauzi Marzuki, Ayai Ilusi, Fauziah Latiff, Noraniza Idris, Erra Fazira, Liza Hanim, Faizal Tahir dan Ernie Zakri sebagai juri undangan.

Penyanyi Sissy Iman dan Jiggy Masin akan bertindak selaku pengacara manakala program kapsul, Debaran Jiwa yang bersiaran sebelum siaran langsung Getaran Jiwa akan dikendalikan oleh Fattah Bolhanuddin dan Siti Zawawi.

Sementara itu, Yume berkata, episod pertama akan menemui penonton di saluran Astro 122 dan MYTV bermula 21 Oktober.

Katanya, seramai 40 peserta yang terpilih melalui uji bakat di seluruh negara akan bertanding.

“Pada minggu pertama hingga kelima, seramai lapan peserta akan terlibat dan disusuli separuh akhir pertama pada minggu keenam dan separuh akhir kedua pada minggu ketujuh,”katanya.

Pentas final pula akan berlangsung di DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Juara akan membawa pulang RM30,000 diikuti RM20,000 untuk naib juara dan RM10,000 untuk tempat ketiga. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan