Search
Close this search box.
Abang Johari (dua kanan) menerima cenderamata selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penggunaan Tiga Sistem dan Teknologi Perubatan Terkini di Pusat Perubatan Pakar Normah, Kuching. Foto: TVS

Sarawak titik berat penggunaan teknologi moden di fasiliti kesihatan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 3 Okt : Selari dengan kepesatan teknologi masa kini, kerajaan Sarawak menitikberatkan penggunaan teknologi moden di kesemua fasiliti kesihatan negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata fasiliti kesihatan di negeri ini perlu dilengkapi teknologi serba canggih untuk memberi perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

Menurut Abang Johari, antara usaha yang mampu melancarkan lagi perkhidmatan kesihatan di negeri ini adalah penggunaan teknologi ‘artificial intelligence’ atau kecerdasan buatan (AI) yang memberi pelbagai kelebihan dalam perkhidmatan dan pengurusan perubatan hospital.

“AI dapat menyampaikan penjagaan kesihatan yang lebih baik bagi semua dengan meningkatkan keberkesanan.

“Dalam penjagaan kesihatan, langkah awal sentiasa menjadi penentu hidup atau mati, iaitu apabila kita menggunakan kuasa AI dalam perubatan prediktif, kita dapat meramalkan penyakit lebih awal.

“Selain itu, pakar perubatan dapat mendiagnosis dan bertindak lebih awal, impak penyakit dapat dikurangkan, seterusnya menghasilkan kesejahteraan pesakit yang lebih baik, “ katanya.

Abang Johari menambah, penggunaan AI juga dapat mengurangkan kes kemasukan ke hospital yang secara tidak langsung mengurangkan keletihan pekerja kesihatan.

“Melihat ke hadapan untuk masa depan kita, AI harus dimasukkan ke dalam perkhidmatan dan pengurusan perubatan hospital kita, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penggunaan Tiga Sistem dan Teknologi Perubatan Terkini di Pusat Perubatan Pakar Normah di sini hari ini.

Tiga kemudahan tersebut adalah Azurion 3 High-Tech Cardiovascular Laboratory, 256 Slice Multi-Detector Frontier 2.0 Computed Tomography Scanner, dan 1.5 Tesla Magnetic Resonance Imaging (MRI) Sigma Explorer.

Abang Johari menjelaskan bahawa kesemua kemudahan itu merupakan sistem dan teknologi perubatan tercanggih pada masa kini yang menggunakan teknologi AI. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan