Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kes positif baharu di Malaysia lepasi 11,000

COVID-19: Satu kematian dicatat di Sarawak

ByDamia Amani

KUCHING, 3 Okt: Sebanyak 516 kes baharu COVID -19 direkodkan di Sarawak bagi tempoh 25 September hingga 1 Oktober lepas.

Terdapat satu kematian di Bintulu yang dicatatkan dalam tempoh tersebut.

Dalam pada itu, jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 315, 678 kes sejak permulaan pandemik.

Status terkini COVID-19 Sarawak bagi 25 September hingga 1 Oktober 2022. Sumber: JBPN Sarawak

“Daripada jumlah kes baharu yang disahkan, 17 kes berada pada kategori klinikal 3, 4 dan 5,” jelas JBPN Sarawak menerusi kenyataan media hari ini.

Kuching merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 186 kes, diikuti Sibu (76), Miri (75), Sarikei (24) dan Bintulu dengan 22 kes.

Daerah seperti Belaga, Beluru, Bukit Mabong dan Kabong tidak mencatatkan sebarang kes. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan