Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebagai sungai terpanjang di negara ini, Batang Rajang juga mampu dijadikan lokasi pusingan kedua bagi Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa di Kuching yang telah menarik ramai peserta dari luar negara. Foto: TVS

Sungai Rajang berpotensi jadi lokasi perlumbaan perahu naga antarabangsa

SIBU, 2 Okt : Sungai Rajang yang merupakan sungai terpanjang di Malaysia wajar dipertimbangkan sebagai lokasi Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa, kata Joseph Cheing.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek berkata, cadangan itu telah dibincangkan dengan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Katanya, pada pertemuan itu beliau telah mencadangkan agar pertandingan berkenaan dilangsungkan secara dua pusingan.

“Bagi merealisasikan cadangan ini, kita berharap pihak penganjur boleh bekerjasama dengan kementerian.

“Mungkin pada masa akan datang, kita boleh menganjurkan Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa versi Sibu dan yakin akan menjadi pakej pelancongan yang mampu menarik pelancongan antarabangsa melalui sukan air,”katanya.

Beliau berkata demikin ketika berucap pada majlis perasmian Pesta Sungai Rajang di Tebingan Pulau Li Hua di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Bujang Abdul Majid, Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Pulau Li Hua, Wong Ming Yew dan Pengerusi Startup Entrepreneur Association Sarawak merangkap pengerusi pengelola Pesta Sungai Rajang Sean Hii.

Pesta Rajang diadakan di Tebingan Pulau Li Hua pada 29 September hingga 8 Oktober ini. – TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan