Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan I, Datuk Dr Jerip Susil melancarkan Program I- Direct by Raya Khas, di sini, hari ini.

Raya Khas lancar program ‘I-Direct By Raya Khas’

ByAkma Salleh

KUCHING, 2 Okt : Syarikat automotif, Raya Khas Sdn. Bhd. melancarkan program pembelian kereta ‘recond’ secara dalam talian yang pertama di Sarawak.

Lebih menarik, tawaran ini melibatkan custom order melalui program khas ‘I-Direct By Raya Khas’.

Penyelarasnya, Yusuf Roy Fitri Mohd. Jonny berkata, jualan secara dalam talian yang diperkenalkan pihaknya sejajar dengan inspirasi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk membawa rakyat di negeri ini menggerakkan ekonomi digital agar Sarawak menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Sambutan yang diterima daripada pelanggan sangat menggalakkan, oleh itu syarikat merancang untuk mendigitalkan produk dengan memperkenalkan aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apps Store,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program I- Direct by Raya Khas, di sini, hari ini.

Program itu dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan I, Datuk Dr Jerip Susil.

Kata Yusuf Roy, inisiatif yang dilaksanakan syarikat berkenaan juga selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak yang mahu melihat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini beralih ke arah pendigitalan.

Sementara itu, beliau memberitahu, program berkenaan juga merupakan inisiatif pihaknya untuk mewujudkan penyelesaian kepada masalah yang kerap dihadapi oleh pelanggan.

“Melalui i-Direct By Raya Khas, pelanggan boleh memiliki kereta idaman mereka dengan lebih telus, cepat dan selamat tanpa melalui orang tengah.

“Alternatif ini juga secara tidak langsung mampu mengurangkan risiko pelanggan ditipu,”katanya.

Selain itu, beliau memberitahu, harga kereta juga sangat kompetitif berbanding harga pasaran kerana kereta yang ditempah oleh pelanggan akan disesuaikan berdasarkan bajet.

Raya Khas Sdn. Bhd. merupakan syarikat automotif bumiputera di Sarawak yang mempunyai kepakaran dalam memenuhi kemahuan pelanggan untuk mendapatkan kereta idaman mereka melalui konsep 3A, iaitu ‘accepted quality’ (atau kualiti diterima), ’affordable price’ (atau harga berpatutan), dan ‘after sales-parts’ (alat gantian selepas jualan). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan