Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lubang besar selebar sebuah kereta muncul di tengah jalan di Jalan Bagan Lalang, Butterworth hari ini. (Foto TVS)

Lubang sebesar kereta ‘muncul’ di tengah jalan

BUTTERWORTH, 2 Okt : Pengguna jalan raya di Jalan Bagan Lalang di sini gempar apabila terbentuk satu lubang besar di tengah jalan hari ini.

Pengguna jalan raya mendakwa lubang bersaiz sebuah kereta itu ‘muncul’ secara tiba-tiba dipercayai akibat mendapan tanah sebelum membuat laporan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) kira-kira pukul 4.30 petang.

Bagaimanapun kewujudan lubang tersebut sempat disedari pengguna dan tidak membabitkan sebarang kemalangan.

Sementara itu, Pejabat Jurutera Daerah JKR Seberang Perai Utara menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya melakukan tindakan segera selepas menerima laporan daripada orang awam.

“Berlaku sinkhole pada permukaan jalan di kawasan saluran pembentung dan JKR telah menutup keseluruhan kawasan yang berlaku sinkhole termasuk meletak papan tanda amaran.

“Sebahagian jalan masih dibuka kepada laluan ringan dan jalan alternatif akan disediakan jika perlu,” kata kenyataan itu hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan