Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING MARATHON 2022
Antara negara luar yang turut menyertai acara tersebut adalah Australia, Brunei, China, Filipina, Germany, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Kenya, New Zealand, Nigeria, Singapura, Taiwan, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Lebih 700 peserta antarabangsa sertai Kuching Marathon 2022

ByAdlina Rahman

KUCHING, 2 Okt : Kuching Marathon 2022 yang berlangsung awal pagi menerima penyertaan seramai 713 pelari luar Sarawak, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri berkata, jumlah berkenaan menunjukkan sambutan positif acara berkenaan selepas dua tahun tidak dilangsungkan ekoran pandemik COVID-19.

Sambutan yang diberikan termasuk peserta luar Kuching jelas beliau telah membantu sektor pelancongan tempatan.

”Saya dimaklumkan tempahan hotel bajet di sekitar pusat bandar penuh.

”Ini berikutan peserta dari Semenanjung Malaysia dan luar negara yang datang sertai acara larian tadi memerlukan tempat penginapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri flag off acara larian 42 kilometer (km) di Padang Merdeka, di sini pagi tadi.

Abdul Karim menambah, perkembangan itu menunjukkan petanda baik kepada pemulihan sektor pelancongan Sarawak.

Sementara itu, peserta luar negara yang mengambil bahagian termasuklah dari Australia, Brunei, China, Filipina, Jerman, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Kenya, New Zealand, Nigeria, Singapura, Taiwan, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain.

Acara Kuching Marathon mula dianjurkan pada 2014 dan pada tahun ini, lebih 10,000 pengunjung hadir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan