Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Charles Brewer teruja kerana berpeluang menyertai Kuching Marathon 2022 yang berlangsung awal pagi tadi. Foto TVS.

Lebih 10 ribu daftar sertai Kuching Marathon 2022

ByAdlina Rahman

KUCHING, 2 Okt : Kuching Marathon 2022 anjuran Kuching Marathon Association menerima lebih 10,000 pendaftaran beberapa acara larian.

Rakan penganjur, Charles Brewer berkata, perkembangan itu menandakan penganjurannya kali ini menerima sambutan yang sangat memberangsangkan.

Katanya, tahun ini sekitar tiga ribu pengunjung yang merupakan penyokong kepada peserta turut memeriahkan acara.

“Pada hari ini penganjur menerima lebih 10,000 orang pelari. Oleh itu, acara ini merupakan platform yang sesuai bagi jenama kami di hadapan bangunan General Post Office (GPO) Heritage di Kuching,” kata Charles.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas sertai Kuching Marathon 2022 di Padang Merdeka di sini hari ini.

Charles yang turut menyertai larian memberitahu, acara tersebut memberi peluang kepadanya untuk melihat keindahan Bandaraya Kuching.

“Kuching merupakan bandar yang hebat dan cantik.

“Walaupun hujan agak lebat ketika acara berlangsung, ianya tidak menjadi masalah bagi saya yang teruja menyertai larian tadi,” katanya.

Peserta larian  ‘disajikan’ dengan laluan menarik termasuk bangunan bersejarah serta ikonik seperti Tebingan Sungai Kuching, Astana Negeri Sarawak, Arca Kucing, Tua Pek Kong dan Dewan Undangan Negeri Sarwak.

Kuching Marathon 2022 kali ini mempertandingkan empat kategori iaitu maraton penuh 42 kilometer (km), larian separa maraton 21 km,  larian Kuching 10 km dan Larian Kuching 5 km. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan