Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
APMM menemui sejumlah 27 unit tong gas cecair petroleum (LPG) yang dibawa tanpa permit dan kebenaran disembunyikan di bawah timbunan barang runcit. Foto: APMM

Cubaan seludup keluar gula, minyak masak paket dan gas gagal

TAWAU, 2 Okt : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mematahkan cubaan menyeludup barang kawalan yang disembunyikan di bawah timbunan barangan runcit dalam dua buah bot kargo di perairan Tawau.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bertindak atas maklumat risikan aset maritim yang sedang dalam tugasan Ops Sejahtera, kedua-dua bot kargo berkenaan berjaya ditahan pihaknya.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas bot kargo pertama di kedudukan 1.4 batu nautika selatan Kuala Sungai Tawau menemukan 1680 kilogram (kg) gula pasir dan 1258 kg minyak masak paket yang disembunyikan di bawah timbunan barang-barang runcit,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Shahrizan, pemeriksaan dokumentasi mendapati juragan bot gagal mengemukakan permit serta kebenaran yang sah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkaitan barang kawalan yang dibawa.

Manakala bot kargo kedua pula yang turut membawa muatan barangan runcit ditahan untuk pemeriksaan di kedudukan 1.8 batu nautika Selatan Kampung Titingan.

“Hasil pemeriksaan menyeluruh ke atas bot kargo itu menemui sejumlah 27 unit tong gas cecair petroleum (LPG) yang dibawa tanpa permit dan kebenaran disembunyikan di bawah timbunan barang runcit,” katanya.

Shahrizan berkata, dua juragan bot warga Indonesia dan seorang pembantu juragan warga tempatan berusia 29 hingga 44 tahun turut ditahan.

“Kedua-dua rampasan kes dianggar bernilai RM100 000 manakala kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 Dan Akta Kastam 1967,”katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan