Search
Close this search box.
Dato Sri Dr. Sim Kui Hian hadir pada Sambutan Hari Jantung Sedunia 2022 peringkat negeri Sarawak di Universiti Teknologi Swinburne, di sini hari ini. Foto: TVS

Sarawak perlu miliki Pusat Jantung Satelit – Dr. Sim

KUCHING, 1 Okt : Sudah tiba masanya untuk Sarawak memiliki Pusat Jantung Satelit di luar ibu negeri dalam usaha memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh kepada rakyat, kata Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata, perancangan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha Sarawak ke arah autonomi bidang kesihatan.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, saiz negeri yang luas merupakan faktor utama untuk memulakan Pusat Jantung Satelit.

“Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menaik taraf Institut Jantung Negara (IJN) dan kemudian, membangunkan pusat berkenaan.

“Perancangan dan simulasi dilakukan supaya perkhidmatan yang bakal diberikan memenuhi standard antarabangsa.

“Kemudian kita akan mendapatkan kepakaran yang mencukupi sehingga boleh memulakan pusat satelit di bandar-bandar lain kerana jarak antara lokasi di Sarawak jauh walaupun populasinya kecil,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Hari Jantung Sedunia 2022 peringkat negeri Sarawak di Universiti Teknologi Swinburne, di sini hari ini.

Katanya lagi, penyakit jantung bukan hanya berlaku di kawasan bandar malah di kawasan luar bandar juga.

Ditanya mengenai perkembangan perancangan itu, beliau berkata, menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memperjuangkan autonomi kesihatan di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan