Search
Close this search box.
Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, beliau berasa bertuah kerana mempunyai kerjasama yang sangat teguh antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Foto: TVS

Kerjasama erat Persekutuan dan negeri penting untuk laksana pembangunan – Abang Johari

KUCHING, 1 Okt : Kerjasama erat melibatkan Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri sangat penting bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Premier Sarawak itu, beliau berasa bertuah kerana Sarawak mempunyai kerjasama kukuh dengan kerajaan pusat.

“Berdasarkan pengalaman, saya nampak apa yang penting ialah kerja secara berpasukan di antara perkhidmatan awam yang saya anggap sebagai jentera untuk melaksanakan dasar yang diputuskan.

“Sebab itu saya rasa kita amat bertuah kerana mempunyai kerjasama berpasukan yang sangat erat termasuk dengan Kerajaan Persekutuan untuk mencapai objektif,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sekalung Budi : Sarawak Civil Service di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini malam tadi.

Tambah beliau, kerjasama erat yang terjalin membolehkan Sarawak dan Putrajaya melunaskan dasar – dasar yang telah ditentukan sebelum ini.

Mengambil contoh di Sarawak Katanya, banyak perkara yang penting harus dilaksanakan berbaki lapan tahun ini bagi mencapai matlamat menjadi negeri maju berpendapatan tinggi.

“Antara kerja yang dimaksudkan termasuklah dasar – dasar yang agak baharu seperti ekonomi hijau dan penyimpanan karbon,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan