Search
Close this search box.
Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Sarawak di Kapit hari ini berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti. Foto TVS.

Kerajaan serah peruntukan RM20 ribu untuk aktiviti warga emas di Kapit

BySalasiah Safian

KAPIT, 1 Okt : Peruntukan sebanyak RM20,000 disalurkan kepada Kelab Seri Kebajikan (KEKAS) dan Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE) di sini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Resam Anak Negeri) Jefferson Jamit Unyat berkata, peruntukan itu diberikan untuk melaksanakan aktiviti melibatkan warga emas.

“Kita mahu lebih banyak aktiviti dapat dianjurkan untuk manfaat warga emas di kawasan ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Sambutan Hari Warga Emas 2022 Peringkat Negeri Sarawak di sini hari ini.

Sambutan tahun ini yang bertemakan Daya Tahan dan Sumbangan Warga Emas diadakan secara hibrid dan berlangsung serentak di beberapa bandar lain di Sarawak.

Sementara itu, Penyelaras Warga Emas Bahagian Kapit, Jowise Narok berkata, sambutan di sini bermula seawal pukul 7.30 pagi dengan melibatkan seramai 191 orang yang menyertai acara senamrobik yang diilhamkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Penyelaras Warga Emas Kapit, Jowise Narok yang ditemui TVS di sambutan Hari Warga Emas 2022 peringkat bahagian Kapit. Foto: TVS

Katanya, program yang dinamakan We United in Health ini turut dicatatkan dalam Malaysia Book of Records kerana berjaya mengumpul warga emas paling ramai untuk menyertainya.

“Sambutan pada 1 Oktober setiap tahun ini merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk membawa semua pihak mengenang sumbangan warga emas kepada kita.

“Kita  tidak mahu mereka berasa terpinggir dalam apa sahaja program pembangunan yang dianjurkan oleh kerajaan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan