Search
Close this search box.
Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah mencadangkan GiatMARA Limbang menambah kemahiran barista sebagai kursus baharu yang diajar. Foto TVS.

GiatMARA Limbang dicadang tambah kursus barista

ByAmirah Shawel

LIMBANG, 1 Okt : Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah mencadangkan GiatMARA Limbang menambah kemahiran barista sebagai kursus baharu yang diajar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata, ini kerana kemahiran berkenaan akan membuka peluang kepada anak muda selain seiring dengan kehendak ekonomi semasa.

“Kemahiran menjadi barista sangat diperlukan untuk perniagaan kedai kopi atau bistro malah pendapatannya juga memberangsangkan.

“GiatMARA di tempat lain sudah tawarkan kursus barista, oleh itu saya ingin bawa kursus berkenaan ke Limbang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri Walkabout Mini Karnival Usahawan Desa (KUD@Limbang) 2022 di sini semalam.

Menjelaskan potensi bidang berkenaan, Hasbi berkata, kursus itu akan membantu pelajar mendalami kaedah penyediaan kopi berkualiti dan seterusnya membuka ekonomi baharu dalam sektor berkenaan di daerah ini.

Tambah Hasbi, setakat ini beliau telah menyuarakan cadangan itu kepada pengurusan GIatMARA.

Sementara itu, menyentuh pembinaan bangunan baharu untuk menempatkan operasi GIATMANA Limbang, Hasbi memaklumkan, perancangan tersebut kini pada peringkat sebutan semula harga dan akan dilaksanakan selepas memenuhi semua syarat ditetapkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan