Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata mesyuarat kabinet pada pagi Khamis telah mempersetujui langkah ini dan seterusnya menunggu untuk diwartakan. Foto: Awang Azmil TVS

Sarawak pinda Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, perluas kuasa IBET

ByOdleen Catherny

KUCHING, 30 Sept : Kerajaan Sarawak mengambil inisiatif untuk meminda Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 bagi menurunkan kuasa kepada anggota-anggota ‘Immune Belt Enforcement Team’ (IBET) mengesan haiwan liar yang didapati dijangkiti wabak di tempat penugasan masing-masing.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata mesyuarat kabinet pada pagi Khamis telah mempersetujui langkah ini dan seterusnya menunggu untuk diwartakan.

“Pemberian penurunan kuasa kepada anggota-anggota IBET di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 57 (1) akan melibatkan pindaan Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999. Ini telah dipersetujui semasa mesyuarat kabinet pagi tadi.

Perkara ini akan dibentang di sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang dan tunggu untuk diwartakan,” katanya pada Sesi Townhall IBET di sini, semalam.

Jelasnya lagi, pasukan IBET juga tidak hanya dihadkan untuk mengesan haiwan yang didapati sebagai pembawa wabak rabies, malah mereka juga bebas mengesan apa sahaja bentuk penyakit.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Wabak rabies mampu dicegah sepenuhnya – Stephen Rundi
  2. 2. RIB 2022 ketengahkan dua pendekatan untuk mencegah rabies

“Antara wabak lain yang turut membimbangkan kita adalah demam babi Afrika dan juga penyakit kaki dan mulut (FMD).

Ini adalah antara inisiatif yang dibekalkan oleh kerajaan Sarawak yang mana pada masa sama anggota-anggota juga boleh mengesan pelbagai jenis penyakit,” ujarnya lagi.

Tujuan pindaan ordinan itu jelasnya adalah disebabkan kekangan daripada segi tenaga kerja Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak.

Justeru, Kerajaan Sarawak mengambil inisiatif dengan mempersetujui 32 pasukan IBET di seluruh sempadan negara diberi kuasa yang sama bagi memudahkan penyelarasan penguatkuasaan.

Tugas utama pasukan IBET termasuk penyingkiran sasaran, pengawasan pergerakan, pemvaksinan, mengumpul data demografi serta mendidik masyarakat umum sebagai responden pertama dalam kawalan penyakit rabies. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan