Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin (kanan) berkata, dengan bajet pembikinan hampir RM9 million, 'Don't Look at the Demon' akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 6 Okt ini dan sehari kemudian di lebih 250 pawagam di Amerika Utara. Foto: Bernama
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin. Foto Bernama.

Filem seram tempatan ‘Don’t Look at the Demon’ berjaya masuk pasaran Amerika Utara – Zahidi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Sep: Filem seram ‘Don’t Look at the Demon’, sebagai filem Malaysia pertama memasuki pasaran Amerika Utara  sekali gus membuka jalan untuk kejayaan dalam produksi tempatan masa depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Menaraf filem itu sembilan daripada 10, katanya, filem tersebut, yang diterajui oleh pengarah dan penerbit filem tempatan, Brando Lee, memberi peluang kepada penonton antarabangsa untuk mempelajari dan memahami budaya, tradisi dan tarikan pelancong di Malaysia.

“Sekarang kami telah memasuki pasaran Amerika Utara, kami boleh berusaha untuk mencapai tahap baharu dengan menyasarkan memburu anugerah seperti Oscar, Emmy, dan banyak lagi dalam masa terdekat,” katanya selepas tayangan perdana filem itu di Pawagam DADI, Pavilion Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Selain Lee, tayangan perdana tersebut turut dihadiri pelakon, Malin Crépin, kelahiran Sweden. yang membawakan watak ‘Martha’ dan pelakon tempatan Hafidzuddin Fazil memegang watak sebagai pelayan bar.

‘Don’t Look at the Demon’, dengan bajet pembikinan hampir RM9 million akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 6 Okt ini dan sehari kemudian di lebih 250 pawagam di Amerika Utara.

Berdasarkan kisah sebenar, filem tersebut mengisahkan sekumpulan penyiasat paranormal Amerika Syarikat yang telah mengembara ke Bukit Fraser di Pahang untuk menyiasat kejadian ghaib di sebuah rumah yang dibina pada tahun 1970-an.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan