Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis ini diadakan selama dua hari dari 9 hingga 10 Oktober dengan dua program utama iaitu Majlis Kesyukuran & Zikir Maulid pada 9 Oktober di Masjid At-Taqwa dan Majlis Perhimpunan & Perarakan Maulidur Rasul 10 Oktober di Stadium Terbuka Miri. Foto: TVS

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak di Miri pada 9-10 Oktober 2022

 

MIRI, 30 Sept : Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak tahun ini akan disambut di Bandaraya Miri pada 9 dan 10 Oktober 2022, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Jelasnya, sambutan dimulakan dengan Majlis Kesyukuran dan Zikir Maulid pada 9 Oktober di Masjid At-Taqwa Miri manakala Majlis Perhimpunan & Perarakan Maulidur Rasul 10 Oktober di Stadium Terbuka Miri.

“Majlis akan bermula dengan solat Maghrib yang akan dipimpin oleh Sahibul Fadillah, Imam Besar Negeri Sarawak dan diikuti dengan zikir marhaban bersama dengan Kumpulan Zikir Bahagian Miri.

“Selepas itu diikuti dengan solat Isyak dan seterusnya kita menunggu ketibaan pemimpin-pemimpin serta rakan-rakan kita yang bukan Islam untuk bersama dengan kita pada pukul 7:30 malam.

“Doa kesyukuran akan dipimpin oleh Sahibul Fadilah, Imam Besar Negeri Sarawak, dan seterusnya diikuti dengan majlis jamuan makan malam di Masjid At-Taqwa Miri,” katanya pada sidang media Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak tahun 1444H/2022M di Pejabat Residen Bahagian Miri hari ini.

Majlis dijangka akan dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Hadir sama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, sebanyak 127 kontinjen dengan 7,600 peserta akan menyertai acara perarakan Maulidur Rasul sepanjang 3.2km bermula seawal 6 pagi pada 10 oktober.

“Laluan yang akan dilalui oleh kontinjen kita ialah, keluar daripada Stadium Terbuka Miri, akan melalui Jalan Bintang, Jalan Merdu, Jalan Sylvia, Jalan Brooke, Jalan Nahkoda-Gampar, Jalan North Yu Seng, Jalan Merpati, Bulatan Kipas, Jalan Bintang dan balik ke Stadium Terbuka Miri.

“Kali terakhir kita mengadakan sambutan Majlis Perhimpunan & Perarakan Maulidur Rasul ini pada tahun 2019 dan kini kita memasuki fasa endemik, maka kita dapat mengelola semula Majlis Perhimpunan & Perarakan ini,” katanya lagi sambil menambah sambutan tahun ini bertemakan “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.

Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan dengan juara akan menerima RM3,000, naib juara RM2,000, tempat ketiga RM1,000, tempat keempat RM800 dan tempat kelima RM600. //

Selain perarakan, turut diadakan acara sampingan iaitu Pertandingan Bercerita pada 5 Oktober, Forum Perdana pada 6 Oktober, Ceramah Hybrid dan Wacana Pembudayaan Wakaf Melalui Institusi Masjid pada 10 Oktober dan My Prophet-Cinta Sejati Cinta Abadi pada 16 Oktober.

Majlis ini diadakan dalam usaha mengingati kembali peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW serta mengkaji & meneliti sejarah perjuangan baginda dalam menyebarkan ajaran Islam dan menyemarakkan kasih sayang umat Islam terhadap baginda. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan