Search
Close this search box.
Foto: Imigresen Sabah

527 PATI Filipina dihantar pulang ke negara asal

SANDAKAN, 29 Sept : Seramai 527 pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina dihantar pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Sandakan pada Rabu.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata Program Pemindahan Tahanan PATI Siri 12 itu merupakan yang ketiga diadakan dalam bulan ini melibatkan warganegara Filipina.

Katanya, daripada jumlah itu, 383 orang merupakan tahanan lelaki dewasa, 106 perempuan dewasa, 20 kanak-kanak lelaki dan 18 kanak-kanak perempuan.

“Kesemua tahanan adalah dari Depot Imigresen Kota Kinabalu, Depot Imigresen Papar, Depot Imigresen Sandakan dan Depot Imigresen Tawau.

“Mereka telah dipindahkan dengan selamat dan selesai diiringkawal masuk hingga ke dalam Vessel (Laut) MV-Antonia 1 lebih kurang pukul 9.15 malam Rabu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, semua tahanan akan melalui proses tapisan kesihatan yang ketat termasuk ujian saringan COVID-19 dan proses pengasingan bagi suatu tempoh yang ditetapkan bagi mengekang penularan wabak itu sebelum penghantaran pulang.

Jelasnya, ia seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Malah, katanya, sebahagian besar tahanan yang dihantar pulang telahpun mendapat vaksin lengkap dan vaksin penggalak.

Sh Sitti Saleha berkata semua PATI yang ditahan telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, semua hukuman telah mengikut proses perundangan negara untuk mereka diusir keluar dari negeri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan