Search
Close this search box.
Menurut Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak, Dato Patrick Liew, kejohanan pada kali ini disertai seramai 103 peserta dari seluruh negara. Foto TVS

Kuching tuan rumah Kejohanan Tenis Remaja Dunia ITF Junior 1 & 3

KUCHING, 27 Sept : Kuching sekali lagi dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Tenis Remaja Dunia ITF Junior 1 dan Junior 3.

Menurut Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak, Dato Patrick Liew, kejohanan pada kali ini akan disertai seramai 103 peserta dari pelbagai negara.

Katanya, India mendahului senarai penyertaan dengan menghantar seramai 16 peserta, diikuti Australia seramai 13 peserta, Amerika Syarikat seramai tujuh peserta, Singapura seramai lima peserta dan ramai lagi peserta dari negara luar.

Kejohanan Tenis Remaja Dunia ITF Junior 1 akan berlangsung pada 1 hingga 7 Oktober, manakala saingan untuk Kejohanan Tenis Remaja Dunia ITF Junior 3 akan dimulakan  pada 4 hingga 16 Oktober.

“Kita menjangkakan kehadiran kira-kira 200 peserta dan anggota pasukan mereka dari luar negara. Mereka bertanding untuk ranking dalam acara mereka, dan selepas acara ini pada minggu pertama, minggu kedua adalah Junior Tiga.

“Jadi dua minggu berturut-turut, akan berlangsung kejohanan untuk Junior Satu dan Junior Tiga, secara berterusan. Kita menyangkakan sambutan yang luar biasa dan ini adalah baik buat industri pelancongan sukan pada keseluruhannya kerana ia akan menyumbang kepada pembahagian ekonomi untuk semua yang terlibat seperti pihak hotel, syarikat pengangkutan dan lain-lain,” katanya.

Liew berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Wisma Bapa Malaysia pada Isnin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan