Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Immune Belt Enforcement Team (IBET) di Dataran Perayaan, Petra Jaya, di sini, hari ini. Foto: Mohammed Raffiq (TVS)
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Immune Belt Enforcement Team (IBET) di Dataran Perayaan, Petra Jaya, di sini, hari ini. Foto: Mohammed Raffiq (TVS)

Sarawak tubuh IBET, kawalan penularan rabies kini lebih proaktif

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 26 Sept: Sarawak menubuhkan pasukan khas yang dinamakan ‘Immune Belt Enforcement Team’ (IBET) bertujuan untuk mengawal penularan wabak rabies dengan lebih proaktif.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pasukan IBET dibekalkan dengan kenderaan dan kelengkapan canggih bagi membolehkan mereka menjalankan tugas di lokasi pedalaman yang terpencil terutamanya di kawasan sempadan negara.

Katanya, sebanyak 32 pasukan yang melibatkan 108 anggota akan bertugas di beberapa daerah terpilih antaranya Lundu, Bau, Padawan, Serian, Balai Ringin, Sri Aman, Lubok Antu, Song, Bukit Mabong, Belaga, Marudi, Limbang dan Lawas.

“Kesemua anggota IBET terdiri daripada anak Sarawak yang pernah berkhidmat dengan unit keselamatan seperti polis dan tentera yang sudah biasa dengan kawasan- kawasan pedalaman dan kampung di sini.

“Kita pilih bekas anggota keselamatan kerana kita memerlukan kepakaran mereka untuk menangani situasi menangkap anjing liar ini dengan sebaiknya.

“Pemilihan mereka dibuat menerusi merit dan kelayakan seseorang dalam perkhidmatan awam Sarawak,“ katanya ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Immune Belt Enforcement Team (IBET) di Dataran Perayaan, di sini, hari ini.

Selain itu, penubuhan IBET juga merupakan antara langkah yang diambil kerajaan untuk merealisasikan hasrat Sarawak bebas daripada penyakit rabies pada tahun 2025.

Untuk rekod, sepanjang tempoh antara 2017 dan 2022, Sarawak merekodkan 45 kes rabies yang melibatkan kematian.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Dalam majlis sama, turut berlangsung Majlis Menandatangani Momerandum Persefahaman (MoU) antara Sarawak Energy Berhad dengan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS).

MoU tersebut bertujuan untuk menjalinkan kerjasama bagi mengawal penyakit berjangkit dan penggunaan fasiliti bersama bagi mencari kaedah terbaik dalam operasi pengawalan penyakit rabies.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan