Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohammad Razi memberikan ucapan pada perasmian TOT (Pengenalan) Skuad Antidadah dan Tomorrow Leaders.

Penyalahgunaan dadah perlu dibanteras dari ‘akar umbi’

KUCHING, 26 Sept:  Kerajaan Sarawak akan membanteras penyalahgunaan dadah hingga ke akar umbi terutama membabitkan golongan belia, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Mohammad Razi Sitam.
Tegas beliau, kerajaan Sarawak komited menangani isu dadah terutama membabitkan golongan belia menerusi penubuhan One Stop Comittee menangani isu dadah dan substans (OSC-MIDS) menerusi Majlis Pembangunan Sosial Negeri Sarawak (MPS).
Selain itu katanya kerajaan Sarawak turut menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam memastikan golongan belia Sarawak terutama di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terhindar dari najis dadah.
“Penubuhan kluster Skuad Antidadah IKM Petra Jaya Kuching adalah amat tepat pada masanya kerana seperti yang kita sedia maklum platform ini merupakan entiti kesukarelaan dibawah AADK bertujuan melaksanakan aktiviti berbentuk antidadah.
“Hakikatnya masalah dadah akan terus kekal dalam masyarakat kita dan kerana itu kita tidak boleh cuai, alpa dan putus asa. Kita perlu kekal cergas dan kuat serta usaha yang berterusan untuk memastikan golongan belia samada pelajar di peringkat IPTA, IPTS mahupun pekerja awam dan swasta dalam satu platform berasaskan kesukarelaan,” katanya dalam ucapan perasmian program TOT (Pengenalan) Skuad Antidadah dan Tomorrow Leaders di Institut Kemahiran Mara (IKM) Petra Jaya, Kuching, semalam.
Turut hadir, Pengarah AADK Sarawak Iskandar Turkee, Pegawai Daerah Kuching Sofhi Jebal dan Pengarah IKM Kuching Nur Azlina Abdul Mutalib.
IKM adalah IPTA pertama di Sarawak yang menyertai skuad antidadah dengan penyertaan 30 pegawai dan kakitangan IKM, 20 ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan 150 pelajar IKM.
Pengarah IKM Kuching, Nur Azlina Abdul Mutalib pula berkata penubuhan skuad ini adalah sebagai tanda sokongan IKM dalam kempen menangani najis dadah di Sarawak.
“IKM komited dalam membasmi dadah  dan kita sentiasa merangka program dengan pihak AADK pada awal semester,” ujarnya
Selain bertindak menjadi penyalur maklumat penyalahgunaan dadah kepada AADK, objektif utama penubuhan skuad ini adalah untuk memberi bantuan dan sokongan kepada penagih dadah.
Data kemasukkan pesakit di Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Kuching menunjukkan golongan belia adalah yang tertinggi mendapatkan rawatan dengan jumlah 254 pesakit diikuti remaja 23 pesakit dan dewasa 5 pesakit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan