Search
Close this search box.

Jalan ditutup pada Ahad untuk Kuching Marathon 2022

KUCHING, 26 Sept: Acara Kuching Marathon 2022 telah kembali dianjurkan di pusat bandar raya pada Ahad ini (2 Oktober).

Kementerian Pelancongan telah memaklumkan bahawa beberapa laluan utama di kawasan sekitar bandar raya akan ditutup.

“Kawasan yang akan ditutup hingga jam 8.00 pagi ialah Jalan Padungan, Jalan Tunku Abdul Rahman, Lebuh Temple, Lebuh Wayang, Jalan McDougall, Jalan Haji Taha dan Jalan P Ramlee.

“Manakala Jalan Main Bazaar, Jalan Market, Jalan Gambir, Jalan Gartak, Jalan Khoo Hun Yeang, Jalan Masjid, Jalan Barrack dan Jalan Wawasan akan ditutup hingga jam 9.00 pagi,” jelas kenyataan itu.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan Kuching Marathon pada Ahad ini kerana para pelari yang bertaraf dunia akan turut menyertai pertandingan tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan