Search
Close this search box.
Aiman bersama keluarganya selepas beliau memenangi pingat emas bagi acara tenis beregu lelaki pada SUKMA ke-20 pada Jumaat. Foto: Muhammad Aiman Hamdan
Aiman bersama keluarganya selepas beliau memenangi pingat emas bagi acara tenis beregu lelaki pada SUKMA ke-20 pada Jumaat. Foto: Muhammad Aiman Hamdan

Selepas sumbang emas untuk Sarawak, Aiman sasar juarai Sukan SEA 2023

ByNurul Amarlina

KUCHING, 25 Sept : Juara beregu lelaki tenis Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20, Muhammad Aiman Hamdan kini menyasarkan untuk meraih pingat emas pada Sukan SEA ke-32 di Kemboja tahun depan.

Muhammad Aiman berkata, sekiranya menang emas pada temasya itu, dia akan berjaya memperbaiki pencapaian pingat gangsa acara berpasukan yang diraihnya pada Sukan SEA di Vietnam, Mei lepas.

“Saya sangat gembira memenangi emas untuk Sarawak pada SUKMA. Sekarang saya sedang bersiap sedia untuk Sukan SEA 2023.

“Secara jujurnya, saya telah berusaha keras dan banyak pengorbanan untuk sampai ke tahap ini,” katanya kepada TVS hari ini.

Pada Jumaat lepas, Muhammad Aiman yang bergandingan dengan Jimmy Liong Kai Long menghadiahkan emas buat kontinjen Sarawak apabila menang 6-2, 6-4 ke atas wakil Selangor, Muhammad Nur Iman Mohd Noor Ariffin-Muhammad Syabil Md Shaharudin pada final.

Sementara itu, pemain yang berasal dari Kuching ini, turut berterima kasih kepada keluarganya dan Jimmy Liong kerana menyokong dan mendorongnya sepanjang penglibatannya dalam sukan tenis.

“Saya berharap momentum Sarawak dalam sukan tenis di SUKMA akan dapat diteruskan.

“Sebenarnya terdapat ramai pemain tenis muda yang berbakat di Sarawak namun mereka perlu lebih banyak pendedahan termasuk latihan dan sertai lebih banyak kejohanan bagi mendapat pendedahan,” katanya.

Baca artikel berkaitan: SUKMA : Tenis mulakan kempen emas Sarawak hari kelapan

Pemain yang meminati Roger Federer ini pada masa sama turut berterima kasih kepada Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak yang bekerja keras membantu persiapannya sebelum SUKMA baru – baru ini.

“Jika mereka (Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak) dapat terus bekerjasama dengan pasukan tenis, saya rasa lebih mudah untuk kami mempertahankan emas pada SUKMA akan datang,”katanya yang kini menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam bidang sains sukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan