Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menasihatkan pengurusan Sarawak United FC supaya mengukur baju di badan sendiri sebelum ‘membeli’ pemain yang mahal untuk membarisi pasukan berkenaan. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak United FC perlu ukur baju di badan sendiri – Abdul Karim 

ByLuqman Muhammad
ASAJAYA, 25 Sept : Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menasihatkan pengurusan Sarawak United FC supaya mengukur baju di badan sendiri sebelum ‘membeli’ pemain yang mahal untuk membarisi pasukan berkenaan.
 
Menurut Abdul Karim, ini kerana kelab itu sering berdepan masalah untuk melunaskan tunggakan gaji pemain, barisan kejurulatihan dan staf.
 
“Kalau tidak mampu membayar gaji pemain dengan bayaran besar, jangan ambil pemain yang minta gaji besar.
 
“Bagaimanapun saya berharap agar perkara seperti ini dapat diselesaikan dengan baik,”katanya.
 
Abdul Karim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Jurulatih Sarawak United FC, B. Sathianathan yang mendakwa pasukan itu sebenarnya masih gagal menyelesaikan tunggakan gaji.
 
Menjelaskan saranannya tentang perbelanjaan berhemah yang harus diamalkan pasukan itu, Abdul Karim berkata, sebenarnya masih terdapat ramai pemain berkualiti yang gaji tidak mencecah RM40,000 sebulan yang boleh ‘dipikat’ Sarawak United.
 
Dalam pada itu, Abdul Karim memaklumkan, kementeriannya juga tidak boleh campur tangan berhubung isu ini kerana Liga Malaysia kini telah diswastakan dan sebarang masalah yang wujud harus diselesaikan secara profesional oleh kelab tanpa meminta pertolongan kerajaan.
 
“Nama sahaja Sarawak United tapi sebenarnya Sarawak United itu kalau kita lihat secara mendalam, yang mentadbirnya adalah satu badan di luar Sarawak, mereka menggunakan nama Sarawak,”katanya.
 
Sementara itu Abdul Karim memaklumkan  Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga tidak senang apabila nama Sarawak sering dikaitkan dengan isu tunggakan gaji. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan