Search
Close this search box.
Pembentangan Bajet 2023 diharap akan menyalurkan peruntukan untuk melaksanakan projek perumahan rakyat yang baharu di Sarawak, kata Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Sarawak perlu peruntukan projek perumahan baharu menerusi Bajet 2023 – Dr. Sim 

KUCHING, 25 Sept : Pembentangan Bajet 2023 diharap akan menyalurkan peruntukan untuk melaksanakan projek perumahan rakyat yang baharu di Sarawak, kata Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.
 
Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, ini kerana selepas 2018, negeri ini tidak lagi menerima projek perumahan baharu sebaliknya peruntukan yang disalurkan hanya untuk kerja – kerja penyelenggaraan sahaja.
 
“Sekiranya peruntukan diberikan, pembinaan perumahan rakyat baharu akan dapat dilaksanakan sekaligus memanfaat penduduk.
 
“Ketika ini, ada projek yang masih berjalan ketika zaman Barisan Nasional (BN), begitu juga dengan pembiayaan Kerajaan Persekutuan bagi kesinambungan untuk menyiapkan projek itu,” katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelantikan Presiden dan Ahli Lembaga Kelab Rotary 2022-2023  bersempena ulang tahun Kelab Rotary ke – 82 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.
 
Sementara itu, beliau yang Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, sekiranya peruntukan dihentikan, projek perumahan yang sedang dibina akan menjadi projek terbengkalai.
 
“Sekiranya perkara ini berlaku, tidak adil kepada kita (Sarawak) kerana perumahan merupakan perkara yang berada di bawah senarai bersama, jadi masing – masing (negeri dan pusat) perlu laksanakan tanggungjawab,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan