Search
Close this search box.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hadir pada Program Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Batu Sapi di Flat MPS, Kampung Lupak Meluas, Sandakan, di sini hari ini. Foto Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Sabah tidak akan bubarkan DUN jika Parlimen dibubarkan – Hajiji

SANDAKAN, 25 Sept : Kerajaaan Sabah tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 diadakan, kata Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, ini kerana DUN Sabah masih mempunyai tempoh tiga tahun sebelum perlu dibubarkan.

Sehubungan itu, beliau menafikan khabar angin yang menyatakan DUN Sabah akan dibubarkan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada tahun ini.

“Tidak benar (DUN Sabah) akan dibubarkan kerana kita masih mempunyai tiga tahun lagi untuk memerintah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Program Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Batu Sapi di Flat MPS, Kampung Lupak Meluas, Sandakan, di sini hari ini.

Sementara itu, Hajiji berkata, GRS bersedia sekiranya PRU-15 diadakan dalam tempoh terdekat.

“Ada yang mendakwa PRU-15 pada Oktober ini, ada juga yang kata tahun depan. Apa pun, GRS sudah bersedia,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan