Search
Close this search box.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ronald Kiandee hadir pada Majlis Pelancaran Kilang Pemprosesan dan Bilik Sejuk Beku Ikan Laut Dalam di Semporna.

RM350 juta untuk perkasa industri perikanan laut dalam – Roland Kiandee

SEMPORNA, 25 Sept : Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM350 juta bagi melaksanakan Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan yang bertujuan untuk memperkasa industri perikanan laut dalam negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pengusaha dan pemilik kapal nelayan laut dalam di seluruh negara boleh memohon dana itu melalui Agrobank.

Menurutnya, kerajaan komited untuk membantu pemain industri itu agar mampu mencapai sasaran hasil pengeluaran sekaligus merancakkan industri perikanan laut dalam negara.

“Pelbagai bantuan dana disalurkan melalui program mekanisasi dan automasi bot nelayan untuk meningkatkan bot daripada kelas rendah kepada tinggi disediakan kerajaan melalui Agrobank dan bank yang lain untuk memberi manfaat kepada pemain industri,” katanya.

Beliau berkata ketika hadir Majlis Pelancaran Kilang Pemprosesan dan Bilik Sejuk Beku Ikan Laut Dalam di Semporna.

Menurutnya, industri perikanan laut dalam negara masih belum diteroka sepenuhnya dan mempunyai potensi tinggi sebagai sumber ekonomi besar kepada pemain sektor dan negara.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, setakat ini pihaknya telah meluluskan 37 permohonan dana itu daripada nelayan seluruh negara membabitkan kewangan RM132 juta.

Tengku Ahmad berkata, dana yang disediakan melibatkan dua fasa dengan fasa pertama sebanyak RM150 juta pada tahun ini dan fasa kedua sebanyak RM200 juta pada tahun hadapan.

“Kami mengalu-alukan permohonan daripada nelayan-nelayan di seluruh negara untuk sama-sama mengembangkan industri perikanan bagi mencapai hasil pengeluaran ikan laut untuk kegunaan rakyat dan mengurangkan kebergantungan kepada import,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan