Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelabuhan Samalaju yang sedang pesat membangun ketika ini dijangka akan turut melonjakkan lagi pembangunan ekonomi di bandar ini, kata Dato Majang Renggi.

Kepesatan Pelabuhan Samalaju turut lonjakan Bintulu – Majang Renggi

ByMadeline Dugat
BINTULU, 25 Sept : Pelabuhan Samalaju yang sedang pesat membangun ketika ini dijangka akan turut melonjakkan lagi pembangunan ekonomi di bandar ini, kata Dato Majang Renggi.
 
Beliau yang juga Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata, perkembangan ini akan menjadikan Bintulu sebuah hab industri yang sedang mengalami gelombang kedua pembangunan.
 
Majang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Samalaju berkata, warga Bintulu kini sedang menyaksikan beberapa projek berskala besar dan sederhana yang sedang dilaksanakan atau dalam perancangan untuk dilaksanakan.
 
“Banyak jenis pembangunan sudah dilaksanakan di sini.
 
“Contohnya pembangunan industri di Tanjong Kidurong, pembangunan industri petrokimia, pembangunan industri sawit di Zon Perindustrian Kidurong selain pembangunan industri berat di Taman Perindustrian Samalaju serta pembangunan pelabuhan,” katanya kepada TVS.
 
Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak di Bintulu pada 16 September lepas, satu video khas projek pembangunan di sini telah ditayangkan kepada orang ramai yang hadir di perkarangan Lapangan Terbang Lama Bintulu.
 
Sementara itu, Majang berkata, perkhidmatan pelabuhan yang cekap amat perlu bagi memenuhi permintaan penggiat industri di kawasan Samalaju, selaras dengan hasrat Sarawak untuk mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan