Search
Close this search box.
Tahap kebersihan beberapa batang sungai di bandar raya ini dikesan semakin merosot disebabkan pembuangan sampah yang tidak terkawal, kata Dato Sri Lee Kim Shin.

10 tan sampah dibuang ke sungai di Miri tahun lepas – Kim Shin

MIRI, 25 Sept : Tahap kebersihan beberapa batang sungai di bandar raya ini dikesan semakin merosot disebabkan pembuangan sampah yang tidak terkawal, kata Dato Sri Lee Kim Shin.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak berkata, ketika ini kebersihan sungai di Miri telah menurun kepada tahap empat berbanding tiga sebelum ini.
Sehubungan itu katanya, Kerajaan Sarawak telah melaksanakan beberapa program untuk membersihkan sungai termasuk memasang penyaring sampah.
“Kita sudah pasang penyaring sampah terapung di parit besar supaya bahan buangan tidak masuk ke sungai.
“Sebanyak 10 tan sampah telah direkodkan pada penyaring yang dipasang pada tahun lepas.
“Bagi tahun ini pula sehingga bulan lepas, jumlah sampah yang direkodkan ialah lebih lima tan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Sambutan Hari Sungai Sedunia di Kampung Pengkalan Lutong, semalam.
Sempena sambutan berkenaan, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) menganjurkan program pembersihan sungai bersama penduduk kampung.
Sementara itu, Kim Shin berkata, perangkap sampah itu dipasang di Jambatan Miri Bypass untuk memerangkap sampah sarap hanyut ke sungai.
Selain itu katanya, kerja-kerja membuang gondok air juga giat dijalankan bermula di jambatan berkenaan sehingga ke Jambatan Lutong bagi memastikan alur air yang bersih dan selamat digunakan oleh komuniti sungai.
Pada masa sama, beliau turut menyeru agar penduduk kampung bekerjasama dengan kerajaan untuk menjaga sungai di Miri.
“Saya cadangkan agar Majlis Bandaraya Miri menyediakan tong sampah besar di tepi jalan untuk kemudahan penduduk kampung.
“Kalau sampah sarap dibuang ke dalam parit, ianya akan dibawa arus ke sungai dan akan menyukarkan usaha kita untuk membersihkan sungai,”katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan