Search
Close this search box.
Sebahagian atlet Sarawak yang beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sarawak.Foto, TVS

SUKMA: Sarawak capai sasaran kedudukan lima teratas

KUCHING, 24 Sept : Sarawak berjaya mencapai sasaran kedudukan lima terbaik pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di Kuala Lumpur yang melabuhkan tirai malam ini.

Selepas emas pertama diraih oleh Jonah Chang Rigan menerusi cara lontar peluru pada 15 September lalu, kedudukan Sarawak sedikit membimbangkan apabila dilihat ‘agak perlahan’ dalam senarai kutipan pingat malah pernah ‘tergelincir’ ke tangga kesembilan daripada 15 kontinjen bertanding.

Begitupun selepas beberapa acara lain yang menjadi kekuatan Sarawak membuka gelanggang, kontinjen Bumi Kenyalang mula menunjukkan taring apabila memperbaiki kedudukan.

Antara yang cemerlang termasuklah kem olahraga yang mencapai sasaran lima emas, boling tenpin (empat emas) dan renang.

Turut membutirkan emas ialah golf, muay thai, menembak, memanah, gimnastik artistik, bola tampar, tenis dan skuasy.

Hari ini pasukan pencak silat berjaya meraih dua emas manakala dua lagi disumbangkan pasukan tinju sekaligus memintas Selangor di kedudukan keempat.

Namun sedikit mengecewakan apabila sasaran 44 emas tidak berjaya dicapai sekaligus menyebabkan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta supaya post mortem dilakukan segera.

Secara keseluruhan, Sarawak meraih 32 emas, 43 perak dan 52 gangsa.

Pada SUKMA 2018 di Perak, Sarawak turut menamatkan cabaran di tempat keempat setelah meraih 42 emas, 36 perak dan 60 gangsa.

Sarawak pernah menjadi juara SUKMA sebanyak tiga kali iaitu pada 1990,1992 dan 1994.

Sementara itu, Johor muncul juara keseluruhan kali ini selepas memenangi 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa.

Terengganu muncul naib juara dengan 64 emas, 49 perak dan 56 gangsa.

Wilayah Persekutuan pula di tempat ketiga dengan 55 emas, 68 perak dan 64 gangsa.

Selangor melengkapkan lima kontinjen terbaik dengan 31 emas di belakang Sarawak.

Tahniah kepada semua atlet Sarawak, Agi Hidup Agi Ngelaban. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan