Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan,Dr Ripin Lamat hadir pada Majlis Penutupan Sambutan Hari Belia Negara peringkat Bahagian Kuching 2022, di sini, hari ini. Foto: Akma Salleh (TVS).

Belia kurang terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan

ByAkma Salleh

KUCHING, 24 Sept : Belia merupakan aset negara yang paling berharga dan perlu ‘dibawa’ bersama ke arah pembangunan negara secara holistik, kata Dr Ripin Lamat.

Namun demikian, beliau yang Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan berkata, berdasarkan Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, terdapat jurang ketara di antara belia dengan komuniti.

Kajian berkenaan juga katanya mendapati belia agak kurang terlibat dengan penglibatan aktiviti kemasyarakatan sama ada di kampung atau kawasan penempatan masing-masing.

“Mungkin perkara ini berlaku disebabkan oleh gaya hidup yang telah berubah berbanding zaman dahulu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Sambutan Hari Belia Negara peringkat Bahagian Kuching 2022, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Ripin berkata, belia perlu berani terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan seterusnya menyumbang kepada pembentukan komuniti.

“Ini termasuklah belia di instistusi pengajian tinggi yang turut dialu -alukan untuk menyumbang idea masing – masing,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan