Search
Close this search box.
Seorang lelaki yang juga penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memukul seorang lelaki warga emas, Rabu lalu.Foto TVS.

Penghantar makanan mengaku tidak bersalah pukul lelaki 79 tahun

GEORGE TOWN, 23 Sept : Seorang lelaki yang juga penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memukul seorang lelaki warga emas, Rabu lalu.

Tertuduh, Lawrence Young Meng Seang, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, R. Manomani.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki berusia 79 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Fettes di sini kira-kira pukul 1.51 petang pada 21 September lalu.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda.

Kes dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Inspektor Zaida Azuwa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 oleh seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 14 Disember depan.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung kejadian seorang lelaki penghantar makanan dikatakan memukul seorang lelaki warga emas di kawasan tepi Jalan Fettes.

Insiden itu dikatakan berlaku selepas kemalangan jalan raya membabitkan kereta dipandu mangsa dengan motosikal penghantar makanan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan