Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Ding Lik Kong, dekat sini, petang semalam. Foto IPD Sibu.

Lelaki maut motosikal dirempuh lori di Jalan Ding Lik Kong

SIBU, 23 Sept : Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Ding Lik Kong, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, penunggang berusia 58 tahun itu disahkan meninggal dunia dua jam selepas kemalangan ketika dirawat di Hospital Sibu.

Katanya, pembonceng yang merupakan remaja berusia 16 tahun pula patah kaki kanan masih menerima rawatan di hospital sama.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori itu yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 41 tahun telah berlanggar dengan motosikal dinaiki mangsa yang tiba-tiba keluar dari simpang kiri untuk ke jalan utama,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan