Search
Close this search box.
Pengerusi Lakis, Dr Abang Ismail Abang Julaihi bersama delegasinya mengadakan kunjungan hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini. Foto TVS.

Lakis cadang stesen minyak Petros dibuka di Spaoh

KUCHING, 23 Sept : Lembaga Amanah Khairat Islam Spaoh (Lakis) mengemukakan cadangan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg supaya stesen minyak Petros dibina di Spaoh.

Pengerusinya, Dr Abang Ismail Abang Julaihi berkata, sekiranya dilaksanakan perkara itu, ianya bakal memberi kemudahan kepada rakyat di kawasan berkenaan.

“Di Spaoh terdapat lebih 6,000 pemilik kenderaan dan sudah pasti stesen minyak Petros akan memudahkan urusan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai delegasi Lakis Spaoh mengadakan kunjungan hormat bertemu Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Ujar Dr Abang Ismail, Premier Sarawak itu menasihati pihaknya supaya berunding dengan Sarawak Energy berkenaan cadangan pembinaan stesen minyak di sana.

Sementara itu, beliau memberitahu, Lakis turut mengemukakan cadangan untuk membina Sekolah Tahfiz Lakis bagi menghimpunkan pelajar- pelajar madrasah di Betong dan Kalaka.

Dalam perkembangan sama, Abang Ismail memberitahu, pihaknya telah menerima peruntukan sebanyak RM20 juta bagi tujuan penambahbaikan Tanah Perkuburan Islam Spaoh dan menaik taraf Masjid Darul Syifa Spaoh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan