Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Kongres Pertanian Mampan dan Sekuriti Makanan (COSAFS) 2022 di Kuching semalam.

Pertanian bukan pekerjaan taraf rendah – Abang Johari

BySalasiah Safian

KUCHING, 22 Sept : Bidang pertanian kini tidak lagi boleh dilabel sebagai pekerjaan orang miskin,kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Premier Sarawak itu, persepsi berkenaan harus diubah kerana menerusi kemajuan teknologi, para petani boleh ‘memantau’ tanaman mereka dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Beliau berkata, kegiatan pertanian boleh dilakukan di pelbagai lokasi berteraskan penggunaan Internet Kebendaaan (IoT) .

“Apa yang lebih penting ialah kita perlu membina infrastruktur digital untuk membolehkan penggunaan IoT dan juga mempunyai kawalan bagi tanaman tertentu.

“Sehubungan itu, Kerajaan Sarawak kini memberi penekanan kepada transformasi digital bidang pertanian dan kita mempunyai inisiatif dikenali sebagai agro-park,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres Pertanian Mampan dan Sekuriti Makanan (COSAFS) 2022, di sini semalam.

Jelas Abang Johari, menerusi agro-park berkenaan, para petani juga berpeluang untuk bekerjasama dengan pelabur luar yang berminat dengan tanaman yang diusahakan tanpa memerlukan mereka berada di Sarawak.

“Kita telah berbincang dengan Singapura, mereka memerlukan bekalan makanan dan tidak boleh hanya bergantung kepada ‘outlet’ sedia ada.

“Sarawak mencadangkan kepada mereka untuk ke sini dan bekerjasama dalam bidang pertanian kerana kualiti tanaman kita terjamin.

“Singapura mempunyai standard yang sangat tinggi. Apabila memenuhi piawaian, kita boleh mengeksport hasil pertanian ke Singapura dan seterusnya ke negara lain di rantau ini,” ujarnya.

Sarawak sebelum ini menyasarkan untuk menjadi pengeluar produk makanan menjelang 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan