Search
Close this search box.
Kerajaan negeri komited untuk terus melaksanakan projek pembangunan di kawasan pedalaman, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto TVS.

Kerajaan Sarawak terus bangunkan kawasan pedalaman – Abang Johari

MARUDI, 22 Sept : Kerajaan negeri komited untuk terus melaksanakan projek pembangunan di kawasan pedalaman, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mengambil contoh projek pembinaan Jambatan Marudi, Premier Sarawak itu berkata, inisiatif yang digerakkan oleh Kerajaan Sarawak itu bertujuan untuk memanfaatkan rakyat di kawasan terlibat di samping memacu pertumbuhan ekonomi setempat.

“Selepas jambatan ini siap kelak, Baram dan kawasan sekitar tidak lagi merupakan kawasan terpencil kerana sudah mempunyai akses perhubungan ke kawasan pedalaman.

“Kita (kerajaan negeri) perlu berani membangunkan kawasan pedalaman walaupun kosnya agak tinggi namun boleh laksanakannya secara berperingkat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Taklimat Projek Jambatan Marudi di Batang Baram di Dewan Suarah Marudi di sini hari ini.

Sementara itu, Abang Johari turut menegaskan kerajaan negeri memandang serius isu kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan projek – projek kesejahteraan rakyat malah katanya beberapa tindakan telah diambil.

“Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Sarawak bertindak menggantikan kontraktor bermasalah dengan yang pengalaman dalam pembinaan jambatan.

“Projek jambatan ini sebagai contoh, kontraktor sebelum ini telah berhenti operasinya sejak Jun tahun lalu apabila sebanyak 15.63 peratus projek telah disiapkan.

“Berdasarkan perkembangan semasa selepas diambil alih oleh kontraktor baharu, kita menjangkakan Jambatan Marudi dapat disiapkan pada penghujung 2024 berdasarkan penilaian oleh Jabatan Kerja Raya (JKR),”katanya.

Menurut Abang Johari, kontraktor baharu yang dipilih untuk menyiapkan jambatan berkenaan pernah terlibat dalam pembinaan jambatan di Long Lama iaitu Jambatan Tan Sri Adenan Satem atau lebih dikenali dengan nama Jambatan Tok Nan.

Untuk rekod, pembinaan Jambatan Marudi adalah sepanjang 650 meter. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan