Search
Close this search box.
Pada Isnin, video berdurasi seminit 20 saat tular, mendakwa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di pusat peranginan itu, yang turut dimuat naik di akaun Facebook Daily Traffic Report. Foto: TikTok @alfitry_azimi52

Dakwaan culik di Genting Highlands, dua wanita asing ditahan

ByBernama

KUANTAN, 22 Sept : Polis menahan dua wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands yang tular di aplikasi Tik Tok baru-baru ini.

Ketua Polis Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar menerusi kenyataan di sini hari ini berkata suspek berusia 42 dan 50 tahun itu ditahan pada 11.30 pagi hari ini, dua hari selepas bapa mangsa yang merupakan warga tempatan membuat laporan polis berhubung kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan culik yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Pada Isnin, video berdurasi seminit 20 saat tular dari akaun Tik Tok milik @alfitry_azimi52, mendakwa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di pusat peranginan itu, yang turut dimuat naik di akaun Facebook Daily Traffic Report. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan