Search
Close this search box.
Dua daripada 11 mangsa bot karam di perairan Mukah disahkan meninggal dunia,kata Penolong Pengarah Kanan Unit Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Negeri Sarawak, Leftenan Komander Maritim Nurrul Elmi Ali.Foto APMM Sarawak.

Bot karam di perairan Mukah, dua mangsa disahkan meninggal dunia

ByOdleen Catherny

MUKAH, 22 Sept : Dua daripada 11 mangsa bot karam di perairan Mukah disahkan meninggal dunia.

Penolong Pengarah Kanan Unit Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Negeri Sarawak, Leftenan Komander Maritim Nurrul Elmi Ali berkata, lapan mangsa selamat manakala seorang lagi masih hilang.

“Operasi carilamat masih diteruskan sehingga pukul 6 petang ini.

“Cuaca sepanjang hari ini amat baik sekaligus memudahkan proses pencarian,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa merupakan lelaki warga tempatan yang berumur dalam lingkungan 30-an 60-an.

Menurut laporan awal, bot berkenaan dipercayai karam di perairan Mukah pada 20 September kira – kira pukul 8.30 malam pada kedudukan lebih kurang 34 batu nautika dari barat laut Mukah.

Hari ini Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak mengesahkan dua mangsa yang selamat ditemui oleh kapal MT Capella. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan