Search
Close this search box.
Pengarah Zon Maritim Bintulu Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, 10 mangsa telah dijumpai setakat ja 5.00 petang tadi. Foto: APMM

Bot karam di perairan Mukah, 10 mangsa dijumpai, satu masih hilang

MUKAH, 22 Sept: Sepuluh mangsa bot karam berjaya dijumpai manakala seorang lagi masih hilang setakat pukul 5 petang tadi.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd. Khairol Anuar Saad berkata, lapan ditemui hidup manakala dua meninggal dunia.

Beliau memberitahu, empat mangsa dijumpai oleh bot nelayan di kawasan sektor pencarian pada jam 8.40 pagi tadi.

“Mereka dipercayai dibawa arus sehingga ke pesisir pantai.

“Satu mayat ditemukan oleh bot pemancing Himajaya 7 pada pukul 10.30 pagi tadi,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mohd. Khairol Anuar berkata, dua mangsa selamat ditemui oleh Kapal MT CAPELLA dan dibawa ke Terminal Senari, Kuching pada pukul 11.12 pagi tadi.

“Mayat kedua pula dikesan oleh Pasukan Polis Marin pukul 12.30 tengah hari tadi,”katanya.

Katanya, mangsa-mangsa yang selamat termasuk dua kru kapal dikenal pasti Lingsan Spawi dan Anuar Spawi manakala enam pemancing ialah Wong Chiang Hie, Lewis Yung Koh Ing, Chieng Hock Hung, Wang Ting Ping, Chong Fei Foo dan Lee Sie Soon.

“Mangsa yang meninggal dunia ialah Sabli Jun yang merupakan tekong kapal dan seorang lagi pemancing dikenali sebagai Wong Siaw Tiang,” jelasnya.

Seorang lagi pemancing yang masih hilang dikenali sebagai Wong Ik Kong dan semua mangsa merupakan rakyat tempatan.

“Mereka yang selamat telah dibawa ke Hospital Mukah untuk menerima rawatan,”katanya.

Semalam, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuching memaklumkan kejadian berkenaan melibatkan bot bernombor SF2-2837 yang karam bersama 11 mangsa pada jarak lebih kurang 34 batu nautika dari barat laut Mukah.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan