Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perkara itu diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Congress on Sustainable Agriculture and Food Security (COSAFS2022). Foto: Salasiah Safian (TVS).

MANRED kini dikenali sebagai Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah

BySalasiah Safian

KUCHING, 21 Sept: Kementerian Pemodenan Pertanian, dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) kini dikenali sebagai Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah.

Perkara itu diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Kongres Pertanian Mampan dan sekuriti Makanan COSAFS 2022 (COSAFS2022).

“Sektor Pertanian amat penting kepada kita, dan ini merupakan pengumuman pertama saya yang mana saya telah memutuskan untuk menukar nama kementerian ini yang dipegang oleh seorang menteri yang bekerja keras iaitu Stephen Rundi kepada Kementerian Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah.

“Dengan itu, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih dan saya berharap dengan input anda pada kongres ini dapat menjadi sebahagian daripada langkah kami ke arah pertanian lestari,” katanya.

Sementara itu, COSAFS2022 yang merupakan anjuran bersama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah dijadikan sebagai platform untuk menambahbaik teknik pertanian mampan, inovasi dan teknologi, sistem makanan masyarakat, dasar makanan nasional dan antarabangsa, serta mempromosikan program yang menggalakkan pertanian mampan dan keterjaminan makanan.

Ia turut membuka ruang kepada pengeluar, saintis penyelidik, pengguna, organisasi, institusi, badan korporat dan komuniti untuk mengukuhkan kerjasama ke arah mencapai pertanian mampan di samping menyokong matlamat Kerajaan Sarawak sebagai pengeksport makanan menjelang 2030.

Kongress ini mendapat penyertaan daripada lebih 300 peserta dari dalam dan luar negara dan diadakan selama empat hari bermula 21 hingga 24 September ini di Waterfront Hotel Kuching.

COSAFS2022 menjadi penaung kepada tiga Persidangan Antarabangsa yang berlangsung secara serentak iaitu International Scientific Conference on Indigenous Crops 2022 (ISCIC2022), International Conference on Fisheries and Animal Sciences 2022 (FISAS2022), dan International Conference on Food and Industrial Crops 2022 (ICFIC2022).

Dalam pada itu, Premier Sarawak turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Swinburne University of Technology Sarawak Campus serta simbolik penyerahan dana projek AgriHub@Gedong.

Kerajaan Sarawak telah bersetuju meluluskan projek transformasi padi, AgriHub@Gedong berjumlah RM 3 juta.

AgriHub@Gedong adalah merupakan salah satu titik permulaan ke arah amalan pertanian pintar di Sarawak.

Turut hadir pada majlis perasmian adalah Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail, Menteri Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Pemodenan Pertanian), Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Pembangunan Wilayah), Martin Ben. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan