Search
Close this search box.
Masidi menghadiri Majlis Taklimat Bersama MPS di Sandakan pada Isnin. Foto: TVS

Kelayakan Sandakan untuk menjadi bandar raya masih dalam proses

SANDAKAN, 20 Sept: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah masih dalam proses untuk memastikan sama ada Sandakan layak dicalonkan sebagai bandar raya atau tidak.
 
Menterinya, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, berkata Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) masih perlu melalui beberapa proses kerana status bandar raya bukan hanya sekadar pada nama sahaja.
 
Sebaliknya, kata beliau, MPS selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) masih boleh memperbaiki tahap perkhidmatan mereka kepada rakyat, khususnya pembayar cukai.
 
“Bagi saya, kita boleh buat sekaligus sambil memastikan kita bantu Sandakan untuk layak dicalonkan sebagai sebuah bandar raya, tetapi pada masa yang sama, kita ambil kesempatan untuk memperbaiki tahap perkhidmatan MPS kepada rakyat.
 
“Sukar kita nyatakan penaikan taraf itu pada tahun ini sebab kita kena ikut prosedur dan undang-undang yang ditetapkan, tetapi kita akan cuba seberapa cepat yang boleh,” katanya.
 
Masidi berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Taklimat Bersama MPS di Sandakan pada Isnin.
 
Sehubungan itu, Masidi mengingatkan warga MPS untuk bekerja sebagai satu pasukan dan tidak menganggap diri mereka hanya mewakili kumpulan tertentu sahaja.
 
Beliau yakin, dengan kerjasama yang baik, MPS akan dapat menyelesaikan masalah dan cabaran yang sering dihadapi PBT.
 
“Meskipun kawasan tadbiran MPS adalah besar, mereka beruntung kerana mempunyai rizab kewangan yang agak kukuh berbanding semua PBT yang lain di negeri ini, selain sumber pungutan cukai yang lebih luas.
 
“Ini menunjukkan satu keberkesanan pungutan cukai yang dibuat. Ini juga yang boleh membantu mereka untuk membuat rancangan pembangunan yang berkesan, termasuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada semua pembayar cukai,” jelas Masidi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan