Search
Close this search box.
Seorang lelaki dipercayai dibaham buaya ketika sedang memancing di Kampung Buaya, Bintulu semalam. Foto: Envato

Lelaki dibaham buaya di Kampung Buaya Bintulu

KUCHING, 19 Sept: Seorang lelaki dipercayai dibaham buaya ketika sedang memancing di Kampung Buaya, Bintulu semalam.

Ketua Balai Bomba Samalaju Alvines berkata mangsa Hermanto, berumur dalam lingkungan 40 tahun dilaporkan telah diserang buaya dalam kejadian 10.30 malam tadi.

“Pihak bomba terus ke lokasi kejadian dan mendapat maklumat mengenai kejadian daripada rakan mangsa yang bersama-sama memancing, ketika memancing mangsa berada satu kaki dari tebing sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alvines dalam pada itu berkata pasukan bomba sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian serta operasi mencari mangsa akan disambung pada hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan