Search
Close this search box.
Sarawak membariskan sembilan petinju yang akan beraksi pada SUKMA ke-20 di Kuala Lumpur. Foto Tinju Sarawak.

Kilat boy dipilih sebagai kapten tinju Sarawak pada SUKMA

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 14 Sept : Petinju sedang meningkat naik,Daelonial Mcdelon dipilih mengetuai pasukan tinju Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke -20 di Kuala Lumpur yang akan membuka tirai pada 16 hingga 24 September ini.

Daelonial, 23, berkata, dia menerima tanggungjawab berkenaan dan akan memastikan pasukan mencapai sasaran ditetapkan pada pertandingan itu.

“Tekanan memang ada (untuk SUKMA) namun saya akan berikan yang terbaik,”katanya kepada TVS.

Daelonial yang dikenali sebagai ‘kilat boy’ berkata, dia akan memulakan aksi pusingan pertama pada 18 September dan masih menunggu lawan yang akan ditemuinya selepas proses undian selesai.

Pada Jun lepas, petinju kelahiran Sri Aman ini mencipta sensasi apabila menumbangkan petinju Pakistan, Sikender Abbassi menerusi tumbukan ‘Technikal Knock Out’ (TKO) pada Kejohanan Tinju Profesional Pakistan 2022 untuk muncul juara.

Dia turut meraih emas pada kejohanan tinju di Perlis dan muncul juara kejohanan tempatan di Sri Aman baru – baru ini.

Selain Daelonial, Sarawak turut menghantar lapan petinju lain termasuklah Jackson Chambai Ikeh bagi kategori 51 kilogram (kg), Mohd Syawal Isham (54 kg), Wilson Berayin (60 kg) dan Mohd Rafieq Murshidi (63.5 kg).

Turut terpilih ialah Mohd Helmi Chieng Firdaus Chieng (67 kg), Dareen Chng (71 kg), Rais Arsyad Sulam (80 kg) dan Hellary Hendry bagi kategori 80 kg.

Pada SUKMA 2018 di Perak, Sarawak membawa pulang satu perak dan dua gangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan